Tuesday, May 14, 2013

BUBAR! Siri 14



20/4/13 (Sabtu)

Hari ini sejarah bermula;
Saksikanlah ideologi yang berbeza-beza;
Perhatikanlah pelbagai pendekatan dan usaha;
Untuk menawan hati rakyat semata-matanya.

Strategi dan taktik boleh tak sama;
Hasrat tidak harus berbeza;
Pembangunan bangsa dan negara,
harus menjadi perkara utama.

Perlu mengingat satu perkara;
Hormatilah amalan diterima semua;
Sebarang penyelewengan,
tidak kira sebenar atau persepsi sahaja,
akan menjejaskan proses,
dan mencemarkan produknya.

No comments: