7/4/13 (Ahad)
Hangat
memang masa ini;
Budaya bahas di kedai kopi;
Tak habis-habis komen diberi;
Tiga cawan kopi sudah dibeli.
Penuh diisi jenis-jenis pakar;
Hebat betul, semangat terbakar;
Pelbagai senario mereka melakar;
Lagi lama lagi keliru mendengar.
Ada yang suka ada yang duka;
Yang duduk syiok mendengar cerita;
Yang berdiri tunggu lama-lama;
Yang berkhidmat dah pening kepala.
Jangan pandang remek kedai kopi;
Di situlah tempat yang 'maha' dan 'suci';
Di situlah terletaknya gudang undi;
Orang Kluang jelas perkara ini.
Dah hari kelima saya menulis;
Idea macam ada belum lagi muflis;
Bunyi gendang kini semakin kuat;
Bersama kita, sejarah akan dibuat.
Budaya bahas di kedai kopi;
Tak habis-habis komen diberi;
Tiga cawan kopi sudah dibeli.
Penuh diisi jenis-jenis pakar;
Hebat betul, semangat terbakar;
Pelbagai senario mereka melakar;
Lagi lama lagi keliru mendengar.
Ada yang suka ada yang duka;
Yang duduk syiok mendengar cerita;
Yang berdiri tunggu lama-lama;
Yang berkhidmat dah pening kepala.
Jangan pandang remek kedai kopi;
Di situlah tempat yang 'maha' dan 'suci';
Di situlah terletaknya gudang undi;
Orang Kluang jelas perkara ini.
Dah hari kelima saya menulis;
Idea macam ada belum lagi muflis;
Bunyi gendang kini semakin kuat;
Bersama kita, sejarah akan dibuat.
No comments:
Post a Comment