4/4/13 (Khamis)
Kalau
anda dilayan seperti raja;
Jangan rasa malu jangan tak selesa;
Fenomena ini perkara biasa;
Empat atau lima tahun sekali sahaja.
Panggilan fon mula dilayan;
Senyuman mula kelihatan;
Bayi-bayi asyik dipeluk;
Kerusi khas VVIP pun boleh duduk.
Gerai-gerai dikunjungi;
Suasana tidak lagi senyap-sunyi;
Habis makan tisu dah sampai ke bibir;
Teh kau-kau yang tak dipesan pun diisi.
Seronok menjadi raja sementara;
Cepat-cepat pandang muka;
Ingat-ingat wajah depan mata;
K'rana empat atau lima tahun lagi cukup lama.
Jangan rasa malu jangan tak selesa;
Fenomena ini perkara biasa;
Empat atau lima tahun sekali sahaja.
Panggilan fon mula dilayan;
Senyuman mula kelihatan;
Bayi-bayi asyik dipeluk;
Kerusi khas VVIP pun boleh duduk.
Gerai-gerai dikunjungi;
Suasana tidak lagi senyap-sunyi;
Habis makan tisu dah sampai ke bibir;
Teh kau-kau yang tak dipesan pun diisi.
Seronok menjadi raja sementara;
Cepat-cepat pandang muka;
Ingat-ingat wajah depan mata;
K'rana empat atau lima tahun lagi cukup lama.
No comments:
Post a Comment