Tuesday, May 14, 2013

BUBAR! Siri 9



12/4/13 (Jumaat)

Mari dengar sikit nasihat;
Rakyat nak sangat amalan yang sihat;
Rakyat benci sangat tipu muslihat;
Mengadaikan maruah mencapai maklumat.

Jangan pandang remek 'auntie'-'auntie';
Yang macam hanya tahu taici;
Mereka pandai mengawal situasi;
Mereka nampak segala dikotomi.

Turun bersama main taici;
'Auntie'-'auntie' nampak cukup 'happy';
Sambil-sambil cerita tentang undi;
Mereka dengar, setuju dan bersimpati.

Jangan salah tarif situasi ini;
'Auntie'-'auntie' E.Q. tinggi;
Janji macam mereka tepati;
Hati mereka tetap satu misteri.

No comments: