12/4/13 (Jumaat)
-ciri serupa. Perkara ini lagi ketara apabila modaliti yang sama seperti penglihatan terlibat. Sebagai contoh, media seperti filem, kartun atau lukisan telah lama mempunyai stereotiap tersendiri tentang bagaimana rupa wajah seorang yang jahat, ganas, tamak, kejam.... Pendedahan yang kerap kepada stereotaip seperti boleh mencetuskan persepsi yang serupa (priming) jika gambar anda menunjukkan muka yang serupa dengan salah satu stereotaip itu. Oleh itu berhati-hati memilih foto anda. Kalau perlu, ambil foto daripada juru foto profesional yang dapat menghasilkan foto anda yang paling sesuai supaya dapat mengelakkan 'priming' yang merugikan diri anda. Kalau 'priming' itu memberi persepsi anda seorang jujur, gagah dan dihormati seperti panglima Kwanyu zaman dahulu, anda kira bernasib baik. Kalau 'priming' itu menjadikan anda seorang pegawai tamak dan korup atau seorang raja yang kejam yang dibenci anda perlu buat sesuatu. Kalau juru foto profesional pun tak boleh buat apa kerana wajah anda memang begitu kecuali anda pergi membuat pembedahan muka, jangan lupa anda masih ada satu senjata yang boleh menyelamatkan anda iaitu...PHOTOSHOP! .... ;-)
No comments:
Post a Comment