Monday, September 21, 2009

Cuti Hari Raya

Ucapan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' kepada rakan-rakan semua. Sungguh gembira mendapat cuti beberapa hari untuk membuat sedikit kerja sendiri di samping menziarahi rakan-rakan serta diziarahi oleh saudara mara. Kali ini, saya telah bersedia. Pada 15 September yang lalu, saya menjadi antara yang orang yang pertama membeli buku 'The Lost Symbol' oleh Dan Brown (dilancarkan serentak di seluruh dunia pada hari itu). Buku ini menjadi teman utama saya semasa cuti Raya, selain keluarga saya. Selain itu, saya dapat menulis beberapa artikel dalam blog saya.

Berkenaan dengan penulisan, mengapa susah-susah menulis? Mungkin ada orang bertanya. Tidak semesti ada orang yang membaca pun. Tak apa, saya tahu. Penulisan saya pun bukan standard sangat. Saya pegang pada prinsip bahawa jika saya menulis sesuatu, saya memaksa diri saya untuk menelitikan isu-isu yang berkaitan dengan lebih detail dan kritikal lagi. Oleh itu selain dapat mengongsi idea dengan rakan-rakan pembaca, saya juga dapat melatih diri saya memikir dengan lebih tajam lagi, menulis dengan lebih licin lagi dan mencabar diri saya untuk melakukan perkara yang ramai rakan sejawat tidak buat. Sebagai contoh, saya telah membaca buku-buku seperti The Blue Ocean Strategy, The Tipping Point,...., dan lain-lain tetapi masih tidak jelas tentang apliksai dalam konteks persekitaran diri. Apabila saya memaksakan diri saya menulis sesuatu yang mengaitkan kandungan buku-buku dalam konteks diri saya dalam persekitaran saya, saya dapat lebih banyak manfaat daripada bacaan itu. Lebih baik lagi jika saya dapat mencetuskan perbincangan atau perbahasan sama ada setuju atau tidak--secara berinteraktif--dengan pihak lain, khasnya pembaca blog saya sebab interaksi sebegini akan menghasilkan sinergi yang produktif. Malangnya, perkara ini tidak berlaku. Namum demikian, saya terus menulis.

2 comments:

HJ. HASSAN BIN TOPIT said...

En. Yew KL.Tahniah kerana anda adalah seorang penulis blog yang kreatif. Sentiasa menjana fikiran dan pemikiran berbantukan pengalaman sebagai seorang pengurus/pentadbir dan dilengkapkan pula melalui banyaknya buku yang dibaca.Saya terangsang mengikuti tulisan anda kerana tulisan anda banyak mencetuskan sumber inspirasi kepada saya dan mungkin juga kepada pembaca yang mengunjungi blog anda. Anda cuba menyuntik pelbagai maklumat ke arah menukar cara berfikir, bekerja dan bertindak. Teruskan usaha murni anda.

Thinking Allowed said...

Terima kasih En Hassan, my brother and my mental sparring partner.