Seorang yang ingin menjadi guru yang berkesan tidak boleh statik dalam ilmu dan kemahirannya. Selain dari melalui bacaan sendiri, LDP yang berinteraktif merupakan aktiviti yang penting untuk perkembangan ilmu dan kemahiran berkenaan pengajaran dan pembelajaran. LDP memberi peluang kepada peserta untuk mendengar pengalaman daripada penceramah, berkongsi pengalaman dalam sesi perbengkelan dan pembentangan, saling galak menggalak untuk peningkatan profesional dan saling bantu membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa mengajar. Selain itu, guru-guru yang menjadi penceramah atau pembentang hasil bengkel berperluang untuk meningkatkan kemahiran membentang, menyediakan bahan-bahan seperti PowerPoint dan multimedia masing-masing.
Dilihat secara positif dan secara profesional, LDP seharusnya menjadi satu aktiviti yang digemari dan dinanti-nanti oleh guru-guru. Namum demikian, satu faktor yang penting yang menjadi penentu kejayaan LDP untuk mencapai hasrat kementerian (bukan mencapai 7 hari, tetapi, untuk menjadi guru yang lebih berkesan--dua perkara ini amat berlainan). Di sini, kita boleh kembali ke aspek the stickiness factor yang telah saya terangkan dalam artikel-artikel saya sebelum ini. Untuk meningkatkan kesan melekat, seorang penceramah perlu membuat persediaan yang mencukupi. Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah :
- Kandungan yang relevan dari aspek keperluan profesional peserta.
- Bahan mesti sesuai dengan tahap intelek peserta.
- Kaedah penyampaian perlu menarik dengan penggunaan bahan ICT dan multimedia seperti PowerPoint, grafik, bunyi/muzik dan klip video yang relevan dan optimum.
- Perlu ada sesi berinteraktif supaya peserta tidak menjadi bosan.
- Sesi soal-jawab dan bengkel perlu merangkumi aspek yang merangkumi spektrum dari LOTS ke HOTS (Lower order thinking skills to higher order thinking skills).
- Perlu merancangkan pengaliran ceramah yang dapat memberi impak yang maksimum kepada fakta-fakta utama.
- Tidak kurang penting ialah fakta penceramah sendiri yang saya akan beri dalam bentuk contoh di bawah. Respon yang mungkin dalam hati peserta diselitkan di dalam kurungan.
- Jangan mula dengan "......saya sebenarnya sibuk sangat beberapa hari ini dan kurang bersedia untuk ceramah ini...." (Kalau begitu janganlah beri ceramah ini. Buang masa kami sahaja.)
- Anda mungkin jujur tetapi elakkan "....saya sebenarnya kurang jelas perkara ini. Apa boleh buat, terpaksa beri...." (Alamak, baru 5 minit, ada 1 jam 25 minit lagi. Harap boleh tahan.)
- Jangan kata "....perkara ini senang. Semua sebenarnya dah tahu...." (Apa itu? Sahaja untuk memenuhi syarat 7 hari?)
- Elakkan ".....saya sebenarnya menggunakan banyak masa dan buat sampai 3 pagi untuk ceramah hari ini. Malangnya kerana komputer diserang oleh virus, pagi ini saya hanya tinggal sehelai kertas mahjung yang kosong...." (Tipu!)
- Jangan mula begini : "Pagi ini saya perlu semua tumpu sepenuh perhatian. Pada akhir sesi kalau saya tanya kamu tidak boleh jawab, tunggu surat amaran saya...." (Bukan tak nak tumpu perhatian. Yang lepas saya terima surat amaran tetapi saya tidak berkuasa mengeluarkan surat amaran kepada tuan/puan kerana ceramah yang begitu kecoh, tak sistematik, lompat sana, lompat sini, cerita-cerita yang tak relevan, marah-marah....)
3 comments:
Selain dari penyediaan bahan yang berkesan, penceramah juga perlu memastikan flow penyampaian ceramah dan bahan tersusun dan kadang kala aktiviti yang luar biasa, diluar jangkaan dan diluar kotak pemikiran juga perlu supaya audien akan sentiasa terkesan untuk melekatkan pengetahuan yang disampaikan.
100% setuju.
Sebagai tambahan, pandai mejangka perkara di luar jangka kerana kehendak peserta yang pelbagai selera. Bergerak menghampiri peserta tanpa statik di restrum mungkin boleh membantu menghidupkan suasana.Unsur kecindan yang tidak keterlaluan perlu diambil kira. Apapun panduan yang diberi sangat berguna bagi penceramah dalam mengekalkan momentum ceramahnya
Post a Comment