Kadang-kadang perkara yang kecil yang disalah anggap sebagai remek sebenarnya boleh membawa kesan yang besar kepada perkara yang besar. The theory of broken windows menjelaskan bagaimana perkara yang kecil jika tidak diberi perhatian akan menyebabkan kejadian perkara yang serius. Sekeping tingkap kaca yang pecah, sedikit contengan pada dinding atau sedikit sampah yang terbiar memberi persepsi bahawa pihak berkuasa kurang mengambil berat atau kurang berdaya untuk membetulkan keadaan sedia ada. Oleh itu, lebih tingkap kaca akan dipecahkan, lebih banyak contengan akan berlaku dan lebih banyak sampah akan dibuang. Sekiranya tidak ada sebarang tindakan diambil untuk membetulkan keadaan itu, masalah akan menjadi semakin serius dan semakin susah diselesaikan. Ahli-ahli sosiologi yang yang mengkaji aplikasi The theory of broken windows di Jabatan Polis New York (NYPD) mendapati bahawa kes-kes jenayah yang serius seperti pembunuhan, perompakan dan kerosakan harta benda awam dapat dikurangkan dengan signifikan apabila pihak polis mula mengambil berat dan bertindak untuk membaiki keadaan yang sebelum itu dipandang remek. Penangkapan dibuat ke atas perbuatan seperti melukis grafiti, menaiki tren (rel transit) tanpa tiket, mengotorkan persekitaran dan menghasut orang lain di tempat awam. Tindakan ke atas perkara yang sebelum itu dianggapkan kecil, telah menghantarkan mesej kepada orang ramai bahawa pihak penguatkuasa mementingkan kebajikan dan ketenteraman mereka dan dengan itu pihak polis dapat memenangi kepercayaan dan keyakinan orang ramai. Tindakan itu juga menghantarkan mesej amaran kepada mereka yang melakukan pelbagai jenis jenayah bahawa pihak menguatkuasa serius dalam usaha mereka untuk membanteraskan jenayah.
Kita alihkan fokus amalan The power of context di sekolah. Dalam usaha untuk maju bersama, berjaya bersama dan menyumbang bersama, sering kali kita mengamalkan keseragaman atau standardisation di mana sesuatu dasar atau amalan diturunkan daripada pusat kepada semua sekolah. Namun demikian, di peringkat pelaksanaan di sekolah, konteks dasar itu perlulah betul sebelum dapat diterima dan dijadikan amalan. Jika konteks tidak betul dari segi logistik, geografi, latarbelakang sosio-ekonomi atau kurang realistik, peluang kejayaan dasar itu agak nipis dan epidemik tidak akan berlaku. Sebagai contoh, katakan terdapat satu program di mana murid-murid dikehendaki datang ke sekolah 20 minit lebih awal setiap hari untuk mengambil bahagian dalam sesuatu program peningkatan akademik di sebuah sekolah telah menunjukkan kejayaan yang signifikan (sepatutnya perlu ada pemverifikasi luar) dijadikan program negeri. Program itu mungkin berjaya di sekolah tertentu itu di mana murid-murid tinggal di persekitaran sekolah dan tidak menghadapi masalah pengangkutan dan kesesakan di jalan raya. Program itu jika dilaksanakan di sebuah sekolah di pusat bandar yang pesat tanpa perubahan konteksnya bukan sahaja tidak mencapai matlamatnya, malahan akan membawa banyak masalah sampingan seperti pengangkutan, keselamatan dan perbelanjaan. Jika konteks program itu diubahsuaikan mengikut keadaan lokal, sebagai contoh, balik 20 minit lewat, kemungkinan program itu akan berjaya adalah lebih tinggi. Konteks ini pun tidak semestinya sesuai untuk sebuah sekolah lain yang sudah mempunyai banyak kelas terapung. (Jangan salah faham: Ini bukan berkenaan dengan mencari alasan, tetapi, mencari konteks yang betul untuk menghasilkan kesan ‘lekat’ atau the stickiness effect. Sebenarnya, bukan semua amalan boleh diseragamkan. Sebagai contoh, sesuatu program di sekolah elit tidak semestinya sesuai di sekolah biasa dan sebaliknya.)
Manusia respons kepada realiti. Program yang realistik dengan mengambil kira konteks sebenar lebih mungkin berjaya. Ekspektasi yang tinggi adalah baik. Visi, misi dan matlamat yang bertaraf tinggi dan realistik disanjungi dan lebih mudah diterima. Sebaliknya, program yang tidak realistik, luar daripada kemampuan untuk dicapai, hanya akan menjadi penulisan antara kulit yang cantik untuk tujuan pameran sahaja.
Setakat ini, saya telah membincang tentang kepentingan sesuatu mesej dikomunikasikan sebagai permulaan untuk merebak seperti epidemik. Kita telah lihat orang-orang seperti the connectors, the mavens dan the salesmen mempunyai peranan yang penting untuk menyebarkan mesej itu. Saya juga membincangkan tentang kepentingan untuk mempakejkan mesej untuk meningkatkan kesan ‘melekat’ atau the stickiness effect. Dalam artikel ini, saya memokus kepada kepentingan konteks sebagai penentu kejayaan sesuatu epidemik sosial. Tiada jalan yang mudah jika kita ingin melihat sesuatu perubahan itu diterima oleh orang ramai, dibudayakan dan berjaya mendatangkan ‘outcome’ yang dihasratkan. Dengan menjadikan buku The Tipping Point : How Little Things Can Make a Big Difference oleh Malcom Gladwell sebagai panduan dan rujukan utama, saya harap dapat mengongsikan idea tentang ‘Faktor-faktor ‘Lain’ Untuk Menjayakan Perubahan. Saya berharap beberapa artikel ini dapat mencetuskan lebih banyak perbincangan atau perbahasan yang critikal (satu epidemik?) demi untuk melihatkan perubahan-perubahan betul-betul mendatangkan ‘outcome’ yang sepatutnya dan bukan setakat ‘output’ dari segi laporan bertulis atau bergambar. Semoga dengan sedikit perbincangan dan usaha lebih ramai orang lagi, terdapat lebih ramai connectors, mavens dan salesmen, lebih ramai pemimpin yang mengambil berat tentang the stickiness effect dan bijak mengaitkan the power of context untuk mencapai ‘critical mass’ yang akan menghasilkan the tipping point. Apakah isu yang hendak dicapai the tipping point? Isunya– Membudayakan kepemimpinan transformasional di sekolah. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment