Kartun mempunyai banyak potensi untuk digunakan sebagai medium komunikasi idea dan konsep sains. Seorang guru seharusnya menerima realiti bahawa bukan semua murid pada asalnya minat atau cenderung kepada mata pelajaran sains. Malahan yang sebaliknya sering berlaku. Ramai murid yang fobia tentang sains. Mengapa? Barangkali soalan ini boleh menjadi satu aspek kajian ilmiah yang baik tetapi bukan fokus perbincangan saya di sini. Seorang guru sains yang berkomited untuk membantu murid-murid suka, minat dan ingin belajar sains perlu mengambil langkah dan usaha yang lebih daripada rutin. Sebagai contoh, adalah mudah untuk menerangkan kepentingan mengadakan kepiawaian unit dalam pengukuran dalam definisi saintifik. Tetapi, berapakah orang murid boleh faham? Sesi p&p atau p titik? (Maksud: P&p - pengajaran dan pembelajaran. P. - pengajaran sahaja, pembelajaran tak pasti.) Walau pun p&p atau p titik tetap menerima gaji yang sama. Tetapi kita sering dengar 'Teaching is a commitment, a calling and much depends on one's conscience.' Apa kata jika kita cerita tentang kelemahan sistem di mana kepiawaian unit bergantungan kepada ukuran yang berasaskan tubuh badan raja? Apa akan terjadi jika anak yang kecil mengambil alih tempat menjadi raja? Lukisan raja lama dan raja baru serta perbandingan ukuran panjang yang jelas dapat memudahkan kefahaman keperluan kepiawaian unit pengukuran di samping lebih menyeronokkan.
Dalam menerangkan daya yang boleh mengubahkan bentuk, menukar arah, menggerakkan atau memberhentikan sesuatu objek, mengapa tidak boleh menggantikan perkataaan 'objek' yang begitu umum dengan sesuatu yang murid-murid lebih biasa dengan? Cuba anda gantikan perkataan 'objek' dengan 'roti canai', 'teh tarik' atau 'peha ayam' dan perhatikan emosi murid-murid khasnya sewaktu sebelum rehat atau pada waktu akhir. Jangan salah faham, gambaran seperti ini hanya merupakan satu 'kenderaan' untuk destinasi kefahaman konsep. Apabila konsep difahami, secara umum, perkataan 'objek' akan digunakan semula dalam takrifan.
Sila baca artikel-artikel lain yang saya tulis lebih awal lagi. Antaranya:
http://thinkingallowed1.blogspot.com/2008/04/ilustrasi.html
http://thinkingallowed1.blogspot.com/2008/04/relativity.html
http://thinkingallowed1.blogspot.com/2008/04/belajar-purata.html
http://thinkingallowed1.blogspot.com/2008/04/kapal-selam.html
http://thinkingallowed1.blogspot.com/2008/04/dikejar-oleh-dinosaur.html
http://thinkingallowed1.blogspot.com/2008/04/locus.html
http://thinkingallowed1.blogspot.com/2008/04/et.html
http://thinkingallowed1.blogspot.com/2008/04/bijak_27.html
http://thinkingallowed1.blogspot.com/2008/05/many-students-face-problem-of.html
http://thinkingallowed1.blogspot.com/2008/05/hukum-newton-ke-3-newtons-third-law.html
http://thinkingallowed1.blogspot.com/2008/05/illustration-and-teaching-1.html
http://thinkingallowed1.blogspot.com/2008/05/illustration-and-teaching-2.html
http://thinkingallowed1.blogspot.com/2008/05/kecekapan.html
http://thinkingallowed1.blogspot.com/2008/05/illustration-and-teaching-4.html
http://thinkingallowed1.blogspot.com/2008/05/science-around-us-6.html
http://thinkingallowed1.blogspot.com/2008/06/illustration-and-teaching-5.html
http://thinkingallowed1.blogspot.com/2008/06/illustration-and-teaching-6.html
http://thinkingallowed1.blogspot.com/2008/11/blame-it-on-newton.html
http://thinkingallowed1.blogspot.com/2010/11/kreativiti-dan-inovasi-dalam-p-4.html
http://thinkingallowed1.blogspot.com/2010/12/chalk-n-talk.html
No comments:
Post a Comment