
Ceritanya adalah seperti berikut:
Pada suatu hari, seorang budak dikejar oleh seekor dinosaur. Sekiranya budak itu berlari secara lurus, dia pasti akan ditangkap oleh dinosaur yang dapat berlari dengan cepat. Nasib baiknya dia dapat mengaplikasikan satu konsep sains yang baru belajar di sekolah untuk menyelamatkan diri. Dia berlari secara bengkang-bengkok dengan cepat. Dinosaur itu juga cuba berlari sedemikian untuk mengikut arah larian budak itu. Tetapi oleh kerana saiz badan yang begitu besar, dinosaur itu tidak mampu membelok dan menukar arah gerakan dengan cepat dan mudah. Oleh itu, dinosaur itu jauh ketinggalan dari budak itu dan hilang peluang menikmati seleranya. Konsep sains yang berkenaan ialah -- Inersia.
Rakan-rakan guru boleh cuba kaedah yang serupa dan saya berfikir (itulah sebabnya 'Thinking Allowed') rakan-rakan akan memperoleh kepuasan melihat murid-murid seronok belajar dan dapat memahami konsep tersebut.
No comments:
Post a Comment