Tuesday, April 15, 2008

Silap

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda sendiri buat kesilapan semasa mengajar? Sudah pasti kesilapan itu bukan kerana anda kurang menguasai teori sendiri....
  • Anda mungkin baru selesaikan satu masalah disiplin yang serious.
  • Ketika itu, anda sedang menanti-nantikan kelahiran cahaya mata anda yang pertama.
  • Atau, dahsyat lagi...ada pegawai-pegawai dari kementerian sedang duduk di belakang.
  • ....................
Yang penting ialah, apakah yang perlu anda buat setelah anda sedar kesilapan yang dibuat itu? Beberapa kemungkinan:
  • Minta maaf, ada sedikit kesilapan atas kelalaian saya. Sekarang saya akan tunjukkan yang betul. (Boleh tahan.)
  • Biar begitu. Murid-murid pun tak tahu. Mereka tak ikut pun. (Jangan.)
  • Jawapan ini berlainan dari buku kerana ini adalah penemuan yang terbaru. Tiada buku yang sempat mencetak penemuan yang baru ini. (Jangan. Jangan.)
  • Saya sengaja buat silap untuk menguji sama ada anda semua sedar atau tidak. Nampaknya tiada orang pun sedar. Sekarang saya tunjukkan yang sebenar. (Jangan. Jangan. Jangan.)
  • Anda semua bising sangat. Kerja rumah pun tak buat. Tiada seorang pun menunjuk minat untuk belajar. Cuaca pun sangat panas. Saya pun tak boleh tumpukan dalam pengajaran saya. Kerana anda semua, saya.....(Jangan teruskan lagi....Jangan. Jangan. Jangan. Jangan.)
Apakah pandangan anda?

2 comments:

happy said...

Ya betul. Saya pernah mengalami keadaan seumpama itu (membuat kesilapan semasa mengajar)semasa saya dicerap oleh jemaah nazir beberapa tahun yang lepas. Moral of the story "to err is human". walaupun kesalahannya kecil, mungkin disebabkan oleh terlalu nervous kerana ada nazir memerhatikan di belakang dan nasib saya baik kerana nazir tidak perasan saya membuat kesilapan. Kesannya...saya pastikan tidak ada kesalahan berulang di masa hadapan.

Thinking Allowed said...

Kadang-kadang kesilapan menjadikan kita lebih berwaspada. Saya sangat suka ayat terakhir --....tidak ada kesalahan berulang.... Kesalahan masih boleh berlaku tetapi seboleh-bolehnya bukan kesalahan yang sama. Terima kasih.