Tuesday, April 29, 2008

Pemikiran Dibenarkan

Sebentar tadi saya semak beberapa PowerPoint lama saya dan terjumpa versi berwarna grafik yang saya pamerkan dalam penulisan blog saya yang pertama pada 6 April (Young Scientists). Grafik ini mencetuskan pemikiran saya tentang permulaan pengembaraan saya di dalam dunia blog. Kata orang, setiap perkara adalah susah pada mulanya. Saya amat setuju. Renung balik, artikel pertama sungguh susah ditulis.
Pelbagai pemikiran membanjiri otak: Ada orang bacakah? Ada orang ketawa sayakah? Ada 'standard'kah? Bahasa saya betulkah? Mungkinkah saya tertulis sesuatu yang sensitif yang memerangkap diri saya kemudian? Patutkah saya dedahkan nama saya? Perlukah saya maklumkan kepada rakan-rakan saya tentang blog saya?
Antara tarikan nak-tak nak (tidak berkenaan dengan sesuatu iklan yang tak begitu berjaya), saya terbaca berita hampir setiap hari tentang betapa penting dan luasnya pengaruh blog sebagai satu saluran komunikasi interaktif yang cepat dan terus. Yang menjadi penentu kepada keputusan untuk memulakan blog ialah satu hasrat untuk kongsi pendapat saya, khasnya dalam bidang pendidikan, dengan rakan-rakan dan orang ramai secara amnya. Lupakan segala kebimbangan dan berani kerana kemudahan blog membenarkan saya 'Thinking Allowed'. Biarlah pembaca menilai saya melalui komen dan undi. Tak cuba, tak tahu. Tak cuba, tak rasa. Tak cuba, tak jaya. Tak cuba, tak menfaatkan sepenuhnya ICT yang sedia ada. Tak cuba, kesal satu hari nanti.
23 hari berlepas, 39 artikel kemudian, 200 lebih akses, saya tidak kesal keputusan saya.

2 comments:

Anonymous said...

Sir, you make a good decision. i will open your blog every time on surf. this is a great starting point for us to learn more. let's moving forward.

Thinking Allowed said...

Thank you for your support. It is very encouraging.