- Kita sendiri : Kesedaran tentang halangan-halangan ini dapat membantu diri kita membuat refleksi serta mengingatkan diri kita untuk mengelakkan terperangkan oleh 'jerat-jerat' tidak produktif itu.
- Kita sebagai mentor : Sebagai pemimpin, pengurus atau ketua yang mempunyai orang-orang di bawah jagaan kita, kesedaran tentang halangan-halangan ini dapat membantu kita menganalisis keadaan mental mereka semasa menyelesaikan sesuatu masalah yang ditugaskan. Kesedaran ini dapat membantu kita membimbing dan melatih mereka dengan lebih objektif dan berkesan.
- Kita sebagai pengikut : Kesedaran tentang halangan-halangan ini juga membantu kita melihat, menganalisis dan menilai pemimpin dengan lebih kritikal dan membolehkan kita dalam kesempatan yang diberi memberi maklumatbalas kepada mereka.
Saya terjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia untuk dikongsi sama. Bagi mereka yang ingin membaca artikel asal dalam Bahasa Inggeris, sila rujuk kepada laman web di hujung artikel ini.
- Sikap "Ya, tetapi".
- Mempertahankan diri secara intelek; tertutup kepada idea-idea baru.
- Tidak mampu berobjektif.
- Takut "salah".
- Tidak berkreatif atau berimaginatif meneroka penyelesaian alternatif.
- "Tersangkut" emosi -- begitu kronik tenggelam dalam masalah sehingga tiada perasaan atau emosi dapat dicungkilkan.
- Percaya bahawa penglibatan emosi dan perasaan terhadap sesuatu masalah adalah salah dan tidak seharusnya dilibatkan semasa mencari penyelesaian.
- Marah kerana perlu menyelesaikan sesuatu masalah. Hendak menyalahkan pihak lain yang menyebabkan masalah itu. Tiada keinginan untuk menghadapi masalah itu secara sendiri.
- Kelesuan mental dan fisikal disebabkan tidak dapat mencari sebarang penyelesaian yang berkesan.
- Rasa begitu 'stress', gelisah atau tegang menghadapi sesuatu masalah sehingga "sistem" diri tertutup.
- Begitu marah tentang masalah itu sehingga seluruh tenaga dan perhatian tertarik kepada perasaan marah dan bukan kepada masalah itu.
- Rasa kesian kepada diri dan biarkan perasaan kesian diri menguasai dan menghalang segala pemikiran tentang masalah itu.
- Menjadi muram dan lemah semangat tentang masalah itu sehingga kelumpuhan mental.
- Penyangkalan kewujudan masalah.
- Berunding dan tawar-menawar. Setuju untuk mengambil langkah-langkah tertentu hanya jika penyelesaian kepada masalah itu dicapai melalui langkah-langkah itu.
Sumber asal - Coping.org: Tools for Coping with Life's Stressors
http://www.coping.org/selfesteem/lifestyle/problem.htm#Barriers
(Coping.org is a Public Service of James J. Messina, Ph.D. & Constance M. Messina, Ph.D., Email: jjmess@tampabay.rr.com)
No comments:
Post a Comment