Banyak prinsip sains ditemui secara tidak sengaja atas sesuatu sebab yang mendesak; kadang-kadang melibatkan soal hidup mati. Barangkali prinsip tuas ditemui oleh seorang penghuni gua. Ceritanya adalah seperti begini:
Pada zaman dahulu, seorang yang tinggal di dalam sebuah gua meninggalkan tempat diamannya untuk mencari makanan. Ketika dia berada di luar, seketul batu yang besar terjatuh dan tertutup pintu gua itu. Apabila orang itu kembali, dia tidak dapat masuk ke dalam gua itu. Batu itu terlalu berat untuk digerakkan. Jika orang itu tidak dapat masuk ke dalam gua itu, kemungkinan besar dia akan mati kesejukan pada waktu malam. Orang itu berfikir dengan kuat. Dia, yang masih mempunyai masa depan yang panjang dan cerah, tidak mudah menyerahkan nasib kepada seketul batu sebegitu sahaja. Setelah banyak kali berusaha melalui kaedah cuba jaya, dia akhirnya berjaya menggerakkan batu itu dengan bantuan sebatang kayu yang panjang. Secara tidak sedar, dia telah menggunakan prinsip tuas (yang kedua).
Dalam kehidupan sehari-hari, kita sering kali perlu menyelesaikan pelbagai jenis masalah. Tidak semua masalah dapat kita selesaikan dengan kaedah yang biasa. Oleh itu kemahiran berfikir 'luar dari kotak' seperti orang gua itu adalah penting. Pemikiran seperti ini sentiasa menjadi asas kepada penemuan dalam bidang sains. Kita perlu memberi diri kita peluang dan masa untuk memikir dan tidak mudah berputus asa jika bertemu dengan situasi atau masalah yang baru. Kemahiran berfikir boleh dilatih dan akan semakin meningkat jika kita sentiasa mencabar norma (challenge the norm). Banyak kepuasan akan diperoleh jika kita dapat mengawal situasi dan bukan dikawal oleh situasi atas kebolehan kita berfikir.

No comments:
Post a Comment