Friday, April 18, 2008

Fobia Guru

'Guru' yang ditunjukkan dalam rajah sebenar ialah sebuah komputer yang besar. Dengan menggantikan CD-ROM yang berlainan, 'guru' itu boleh mengajar subjek yang berlainan. Kos menyelenggarakan komputer ini adalah juah lebih rendah daripada membayar gaji guru.
Kalau komputer sebegini dapat diciptakan adakah ini bermakna guru yang sebenar tidak akan diperlukan lagi di bilik darjah? Ini bermakna tamatnya profesion guru?

Sudah pasti senario di atas menjadi fobia kepada guru. Nasib baik setakat ini, walau pun sudah ada mesin (robot atau komputer) yang dapat mengira dengan cepat dan jitu dan menayangkan multimedia yang menarik, tiada satu yang dapat menunjukkan kasih sayang, mempunyai sifat keperimanusiaan seperti guru yang sebenar. Ini bermakna perkhidmatan guru masih tidak boleh ditiadakan. Namun demikian, seorang guru mesti sentiasa mengingatkan diri untuk menggunakan kekuatan sifat manusia ini semasa menjalankan tugas mengajar di dalam kelas supaya tidak mengalami risiko disamakan dengan robot.

No comments: