Tuesday, April 15, 2008

Belajar Daripada Saintis Terkenal (2)

ALBERT EINSTEIN

Albert Einstein pernah berkata : Saya tidak mempunyai bakat yang khas. Saya hanya mempunyai sifat ingin tahun yang ekstrim.

Ketika sakit, Einstein yang berumur 5 tahun diberi sebuah kompas oleh bapa beliau. Tidak seperti kebanyakan kanak-kanak, Einstein tertakjub mengapa jarum besi kompas itu sentiasa menunjukkan ke satu arah yang sama tidak kira bagaimana kompas itu diletakkan.


Sifat ingin tahu ini telah menyebabkan Einstein menemui satu demi satu teori sains yang merevolusikan pemikiran manusia dan membuka perspektif yang baru dalam dalam kefahaman sains.

Banyak laman web berkenaan dengan Einstein yang menarik dapat dilayari. Antaranya :

http://www.aip.org/history/einstein/

RICHARD FEYNMAN

Semasa belajar sains, anda belajar cara cuba-jaya, kembangkan semangat berekacipta dan bebas bertanya. Anda belajar bertanya diri sendiri : ‘Adakah cara yang lebih baik untuk melakukan sesuatu itu?’

Pada sepanjang kehidupan, Richard Feynman melakukan sains untuk keseronokan. Apabila ditanya berapa lama beliau bekerja se minggu, Richard Feynman tidak dapat menjawab. Sebabnya ialah, beliau tidak pasti bila masa beliau bekerja dan bila masa beliau bermain.


STEPHEN HAWKING

Walau pun diserangi oleh penyakit motor neurone, saya berjaya mengatasi kesan yang dibawa olehnya. Saya mempunyai kepuasan mencapai kejayaan walaupun sakit. Penyakit itu tidak menghalang saya daripada memperoleh ijazah PhD dalam kosmologi dan seterusnya menemui banyak teori berkenaan lubang hitam.


Apakah yang dapat anda pelajari dari tokoh-tokoh sains seperti Isaac Newton, Albert Einstein, Richard Feynman dan Stephen Hawking?

Jawapan mungkin termasuk mendahagai ilmu, sifat ingin tahu, semangat berekacipta, bebas bertanya, minat yang mendalam, sikap positif dan tidak mudah ditewaskan.



2 comments:

Vasudevan Letchumanan வாசுதேவன் இலட்சுமணன் said...

Ya, STEPHEN HAWKING - seorang tokoh sains kosmologi yang dikagumi oleh orang ramai. Saya masih teringat zaman persekolahan saya, betapa seronoknya mendapat buku "A Brief History of Time" walaupun ketika itu belum mengenali akan 'alam semesta - universe' dalam konteks sebenar.

Selain daripada tokoh-tokoh tersebut, Leonardo da Vinci juga boleh dikategorikan sebagai ahli sains yang bukan sahaja menonjolkan kepakarannya dalam bidang seni, namun menyerlah dalam bidang arkitek, kejuruteraan, matematik,botani, musik dan penulis...( benar-benar multitasking individual..kan?)

Saya setuju, tokoh-tokoh tersebut
memang memiliki usaha dan semangat yang membara untuk mencari kebenaran ilmu-> sehingga menemui ciptaan baru. Yang terlintas dalam fikiran saya, adakah atau mungkinkah wujud satu procedure fikiran dalam minda ( seperti password / code number ) untuk menemui kebenaran itu? Perlukah kita mengajar murid-murid kita cara berfikir yang tertentu untuk membolehkan mereka menyerlah sebagai seorang ahli sains ?

Thinking Allowed said...

Respons ini ada kaitan dengan artikel yang saya baru tulis --Relativity. Terima kasih.