Zaman sebelum PPSMI--tetapi tidak se kuno zaman OHP--Penceramah membawa komputer 'desk top' ke bilik ceramah, memasang dan berehat untuk menarik nafas (berat!). Peserta-peserta kursus gembira dan bangga menyaksi ciptaan sejarah pemodenan dalam pendidikan yang dibolehkan dengan komputer yang mahacanggih--Pentium I.
Semua sistem dah OK dan penceramah pun nak mulakan ceramah. Beliau membuka beg untuk mencari disket yang menyimpan Powerpoint bahan ceramah yang disediakan oleh anak dua minggu yang lalu....Alamak! Isteri penceramah tak pernah dengar istilah 'diskette'.....
2 comments:
T-A( Thinking Allowed )....senario seumpama itu mungkin tidak berlaku zaman sekarang. Jika ada pun, penceramah yang bijak akan menjadikan isu itu sebagai bahan jenaka dan akan teruskan dengan 'power-talk' tanpa gunakan 'PowerPoint'
Trend kini jauh berbeza zaman dahulu ( Pentium 1 dll ):
Penceramah era digital membuat beberapa persiapan awal khusus untuk 'bahan ceramah' seperti berikut:
1. Soft copy duplication - pen drive, portable or external harddisk.
2. CD atau DVD
3. Buat salinan pada setiap USB drive yang ada ( ini untuk membolehkan peserta seminar yang meminta soft-copy bahan ceramah )
4. Mengenalpasti tempat ceramah lebih awal ( spt hotel, resort, dewan seminar ) untuk menentukan samada kemudahan 'hotspot' atau 'wireless' untuk akses internet.
Sekiranya, penceramah 'terlupa' untuk membawa 'bahan' beliau boleh akses internet - Portal atau e-group atau beberapa kemudahan percuma internet yang lain ( di mana beliau sudah uploadkan
bahan 'PowerPoint'terlebih dahulu) dan boleh download/muat turun dalam beberapa minit sahaja!
Ya betul. Walau pun ditulis sebagai bahan jenaka, mesejnya ialah - sila adakan senarai semak dan semak sendiri dua kali (double check).
Saya amat setuju dengan pandangan tentang penceramah era digital, cuma satu yang saya tidak nyatakan : Baru-baru ini, satu peristiwa sebenar berlaku -- semua lengkap-bahan dalam CD, pen drive dan hard disk. Nampak semua ok. Tetapi....kabel sambungan LCD tak bawa.
Post a Comment