Semak-semak PowerPoint lama-terjumpa satu yang menceritakan satu peristiwa yang lucu semasa saya mengajar aplikasi Prinsip Archimedes satu masa dahulu. Prinsip Archimedes adalah berkaitan dengan keapungan. Prinsip ini dapat menerangkan mengapa sebuah kapal selam dapat berapung apabila air dipaksa keluar dari tangki-tangki balastnya. Juga apabila tangki-tangki balast itu diisi penuh dengan air, kapal selam itu akan tenggelam. Untuk mencetuskan pemikiran kreatif dan kritis, guru boleh menanya soalan hipotetikal seperti apa akan terjadi kepada kapal selam itu jika satu tangki balast diisi penuh dengan air tetapi satu lagi itu kosong. Rajah di sebelah kiri menunjukkan tiga situasi untuk difikir bersama sambil-sambil seronok dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Situasi 1:
Menteri datang (Majlis Perasmian kapal selam baru).
Situasi 2:
Musuh serang! (Sembunyi di dalam laut lebih selamat).
Situasi 3:
Gaji kurang! (Tiada komen).
No comments:
Post a Comment